Dimaklumkan pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora dijangka siap sepenuhnya pada bulan Januari 2012. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora memohon sumbangan derma ikhlas daripada semua penduduk Taman Ixora bagi menampung kos menyediakan keperluan asas surau seperti berikut:
- Pemasangan lampu, kipas, penghawa dingin, karpet dan PA System
- Perabot, kerusi, meja, rak, pendaftaran elektrik dan air
- Pinggan, mangkuk, cawan dan lain-lain
- Pemasangan awning dan ruang legar surau
- Pembinaan sebuah setor menyimpan barang dan ruang dapur memasak
Anggaran kos keperluan asas berkenaan adalah RM50,000. Jawatankuasa telah menetapkan sumbangan minimum oleh setiap penduduk Taman Ixora adalah RM50. Sumbangan boleh dilakukan melalui ketua lorong dengan melengkapkan borang yang dilampirkan atau melalui akaun bank seperti berikut:
Nama Akaun : SURAU BALAI ISLAM TAMAN IXORA
Nombor Akaun : 05-058-01-001799-3
Nama Bank : Bank Islam (M) Bhd.
Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan oleh tuan/ puan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah Subhananu Wata'ala.
Monday, December 26, 2011
Sunday, December 25, 2011
Sunday, December 11, 2011
Progres Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora Sehingga 11 Disember 2011
Status semasa : Pemasangan bumbung dan kerja-kerja elektrikal.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Subscribe to:
Posts (Atom)