Monday, December 26, 2011

Pungutan Derma Bagi Penyediaan Keperluan Asas Surau Balai Islam Taman Ixora

Dimaklumkan pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora dijangka siap sepenuhnya pada bulan Januari 2012. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora memohon sumbangan derma ikhlas daripada semua penduduk Taman Ixora bagi menampung kos menyediakan keperluan asas surau seperti berikut:

- Pemasangan lampu, kipas, penghawa dingin, karpet dan PA System
- Perabot, kerusi, meja, rak, pendaftaran elektrik dan air
- Pinggan, mangkuk, cawan dan lain-lain
- Pemasangan awning dan ruang legar surau
- Pembinaan sebuah setor menyimpan barang dan ruang dapur memasak

Anggaran kos keperluan asas berkenaan adalah RM50,000. Jawatankuasa telah menetapkan sumbangan minimum oleh setiap penduduk Taman Ixora adalah RM50. Sumbangan boleh dilakukan melalui ketua lorong dengan melengkapkan borang yang dilampirkan atau melalui akaun bank seperti berikut:

Nama Akaun : SURAU BALAI ISLAM TAMAN IXORA
Nombor Akaun : 05-058-01-001799-3
Nama Bank : Bank Islam (M) Bhd.

Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan oleh tuan/ puan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah Subhananu Wata'ala.

Sunday, December 25, 2011

Progres Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora Sehingga 26 Disember 2011


Status semasa : Pemasangan siling dan plaster dinding.


Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, December 11, 2011

Progres Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora Sehingga 11 Disember 2011


Status semasa : Pemasangan bumbung dan kerja-kerja elektrikal.


Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Tuesday, October 25, 2011

Akaun Bank Surau Balai Islam Taman Ixora

Akaun bank Surau Balai Islam Taman Ixora telah dibuka pada 25 Oktober 2011. Berikut adalah maklumat mengenai akaun surau:

Nama Akaun : SURAU BALAI ISLAM TAMAN IXORA
No. Akaun : 05-058-01-001799-3
Nama Bank : BANK ISLAM (M) BERHAD
Cawangan: BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN

Tuesday, October 11, 2011

Sijil Perakuan Arah Kiblat Surau Balai Islam Taman Ixora

Jabatan Mufti Negeri Selangor telah membuat penentuan dan pengesahan arah kiblat di Surau Balai Islam Taman Ixora pada 18 Ogos 2011. Berikut adalah maklumat arah kiblat surau:

Latitud : 02 darjah 48' 58"  U
Longitud : 101 darjah 43' 36"  T
Arah Kiblat : 292 darjah 41' 00"
Tarikh Pengesahan : 18 Ogos 2011

Sila klik di sini untuk melihat sijil berkenaan.

Saturday, September 17, 2011

Friday, August 19, 2011

Kerja-kerja Penentuan Arah Kiblat Surau Balai Islam Taman Ixora

Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah melakukan kerja-kerja penentuan arah kiblat Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:-


Tarikh : 18 Ogos 2011 (Khamis)
Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Tapak Surau Balai Islam Taman Ixora

Penentuan arah kiblat hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora dimulakan. Wakil daripada pemaju (Getrahome), Kontraktor, Surveyor dan Jawatankuasa Surau turut hadir sama semasa kerja-kerja berkenaan dilakukan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sunday, July 24, 2011

Majlis Pecah Tanah Surau Balai Islam Taman Ixora

Jawatankuasa Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Pecah Tanah Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 24 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Tapak Surau Balai Islam Taman Ixora
Dirasmikan oleh : Dato' Shamsuddin Hayroni (Pengerusi Eksekutif Getrahome Sdn. Bhd.)

Alhamdulillah, majlis yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Semoga dengan pembinaan surau ini akan memberikan manfaat kepada seluruh penduduk Taman Ixora. Pembinaan sebuah surau di Taman Ixora telah dinanti oleh penduduk Taman Ixora sejak sekian lamanya. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kita semua.

Diantara aktiviti yang boleh dijalankan di surau adalah:
- Solat berjemaah
- Kelas mengaji Al-Quran
- Aktiviti keagamaan seperti ceramah, kuliah dan sebagainya
- Sebarang aktiviti kemasyarakatan

Kos penganjuran majlis RM1,250.00
- Sewaan khemah RM400.00
- Jamuan ringan RM750.00
- Banner RM100.00

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Friday, July 15, 2011

Perjumpaan PPTI Dengan Pemaju Mengenai Status Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan perjumpaan dengan wakil pemaju mengenai status pembinaan Surai Balai Islam Taman Ixora seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 Julai 2011 (Jumaat)
Tempat : Pejabat Urusan Getrahome, Shah Alam
Masa : 10.30 Pagi hingga 11.30 Pagi

Wakil PPTI:
1. Hj Mohd Noor Bin Hj. Said (Pengerusi)
2. Zainal Abidin Bin Ahmad (Penolong Setiausaha)

Wakil Pemaju (Getrahome):
1. Akmar Fairuz (Pengarah Pembangunan dan Hartanah)
2. Puan Suhana (Arkitek)

Berikut adalah keputusan yang dibuat secara bersama:
1. Getrahome bersetuju untuk menampung sepenuhnya kos pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora. Kontraktor bagi pembinaan surau telah dilantik. Anggaran kos adalah RM200,000.
2. Majlis Pecah Tanah Surau Balai Islam Taman Ixora akan diadakan pada 30 Julai 2011 (Sabtu), jam 9.00 pagi, bertempat di tapak surau, Taman Ixora. Pemaju bersetuju untuk memberikan sumbangan kewangan bagi menganjurkan majlis berkenaan. Pihak pengurusan Getrahome akan merasmikan majlis berkenaan. Beberapa tetamu kehormat lain akan dijemput untuk meraikan majlis. Banner akan dinaikkan dan semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.
3. Proses pembinaan akan dimulakan dengan kadar segera selepas majlis pecah tanah dan dijangka siap sebelum Hari Raya Aidil Adha.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada wakil Getrahome kerana sudi mengadakan perjumpaan dan banyak menyokong usaha PPTI melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

Wednesday, July 6, 2011

Kelulusan Pelan Bangunan Surau Balai Islam Taman Ixora oleh MPSp

Majlis Perbandaran Sepang telah meluluskan cadangan pelan bangunan Surau Balai Islam Taman Ixora di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 13/2011 bertarikh 5 Julai 2011.

Sila klik di sini untuk melihat surat kelulusan pelan bangunan surau.

Tuesday, April 5, 2011

Dokumen Surau Balai Islam Taman Ixora Untuk Kelulusan MPSp

Pada 6 April 2011 (Selasa) jam 12.00 tengahari, dokumen dan pelan lakar (drawing) Surau Balai Islam Taman Ixora telah dihantar ke Jabatan Bangunan, Majlis Perbandaran Sepang untuk kelulusan.

Dimaklumkan oleh pihak MPSp, proses kelulusan akan mengambil masa selama dua(2) minggu sekiranya maklumat yang dikemukakan adalah lengkap. Bayaran yang dikenakan ialah RM178 untuk pelan bangunan dan RM1,000 untuk deposit.

Thursday, January 27, 2011

Perjumpaan Bersama PPTI dan Getrahome Mengenai Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah berkunjung ke Pejabat Getrahome di Shah Alam bagi mengadakan perjumpaan mengenai status pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:-

Tarikh : 27 Januari 2011 (Khamis)
Masa : 10.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Pejabat Getrahome Shah Alam

Wakil PPTI
1. Hj. Mohd Noor Hj Said (Pengerusi)
2. Mohd Hasiady Bin Yasin (Setiausaha)
3. Zainal Abidin Bin Ahmad (Pen. Setiausaha)

Wakil Getrahome
1. Fairuz (Pengarah Pembangunan dan Hartanah Getrahome)
2. Zulfadzli (Juruukur Bahan)
3. Suhana (Arkitek)

Berikut adalah beberapa keputusan yang telah dibuat semasa perjumpaan berkenaan:-
1. Y. Bhg. Dato' Samsudin (Pengerusi Eksekutif Getrahome) telah bersetuju untuk menyumbang RM100,000 bagi membiayai kos pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora.
2. Getrahome telah mengemukakan dokumen dan pelan untuk kelulusan MPSp kepada PPTI pada 1o Januari 2011. Setelah semakan dibuat oleh pegawai MPSp mendapati terdapat dua dokumen yang tidak lengkap (pelan Indah Water dan TNB). Getrahome akan menyediakan dokumen berkenaan hujung bulan Januari 2011.
3. Pembinaan projek akan dimulakan pada 1 April 2011 tertakluk kepada kelulusan MPSp dan dijangka siap serta boleh digunakan pada bulan Ogos 2011 (awal Ramadhan).
4. Majlis pecah tanah dan pelancaran Tabung Surau akan dilakukan selepas kelulusan diperolehi.

Hal-hal Lain
1. Getrahome bersetuju untuk membina papan tanda Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009 di laluan masuk ke Taman Ixora. Dijangka siap hujung bulan Mac 2011.
2. Getrahome bersetuju untuk mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Taman Ixora. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. Majlis berkenaan adalah untuk mendapatkan input daripada penduduk mengenai kualiti rumah, tanggungjawab pemaju dan menjalin hubungan mesra dengan penduduk.

PPTI merakamkan ucapan terima kasih kepada Getrahome di atas kesudian pihak pemaju mengadakan perjumpaan berkenaan. Semoga kerjasama yang ditunjukkan ini diteruskan lagi pada masa akan datang demi kesejahteraan penduduk Taman Ixora.