Thursday, January 27, 2011

Perjumpaan Bersama PPTI dan Getrahome Mengenai Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah berkunjung ke Pejabat Getrahome di Shah Alam bagi mengadakan perjumpaan mengenai status pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:-

Tarikh : 27 Januari 2011 (Khamis)
Masa : 10.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Pejabat Getrahome Shah Alam

Wakil PPTI
1. Hj. Mohd Noor Hj Said (Pengerusi)
2. Mohd Hasiady Bin Yasin (Setiausaha)
3. Zainal Abidin Bin Ahmad (Pen. Setiausaha)

Wakil Getrahome
1. Fairuz (Pengarah Pembangunan dan Hartanah Getrahome)
2. Zulfadzli (Juruukur Bahan)
3. Suhana (Arkitek)

Berikut adalah beberapa keputusan yang telah dibuat semasa perjumpaan berkenaan:-
1. Y. Bhg. Dato' Samsudin (Pengerusi Eksekutif Getrahome) telah bersetuju untuk menyumbang RM100,000 bagi membiayai kos pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora.
2. Getrahome telah mengemukakan dokumen dan pelan untuk kelulusan MPSp kepada PPTI pada 1o Januari 2011. Setelah semakan dibuat oleh pegawai MPSp mendapati terdapat dua dokumen yang tidak lengkap (pelan Indah Water dan TNB). Getrahome akan menyediakan dokumen berkenaan hujung bulan Januari 2011.
3. Pembinaan projek akan dimulakan pada 1 April 2011 tertakluk kepada kelulusan MPSp dan dijangka siap serta boleh digunakan pada bulan Ogos 2011 (awal Ramadhan).
4. Majlis pecah tanah dan pelancaran Tabung Surau akan dilakukan selepas kelulusan diperolehi.

Hal-hal Lain
1. Getrahome bersetuju untuk membina papan tanda Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009 di laluan masuk ke Taman Ixora. Dijangka siap hujung bulan Mac 2011.
2. Getrahome bersetuju untuk mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Taman Ixora. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. Majlis berkenaan adalah untuk mendapatkan input daripada penduduk mengenai kualiti rumah, tanggungjawab pemaju dan menjalin hubungan mesra dengan penduduk.

PPTI merakamkan ucapan terima kasih kepada Getrahome di atas kesudian pihak pemaju mengadakan perjumpaan berkenaan. Semoga kerjasama yang ditunjukkan ini diteruskan lagi pada masa akan datang demi kesejahteraan penduduk Taman Ixora.