Sunday, July 24, 2011

Majlis Pecah Tanah Surau Balai Islam Taman Ixora

Jawatankuasa Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Pecah Tanah Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 24 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Tapak Surau Balai Islam Taman Ixora
Dirasmikan oleh : Dato' Shamsuddin Hayroni (Pengerusi Eksekutif Getrahome Sdn. Bhd.)

Alhamdulillah, majlis yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Semoga dengan pembinaan surau ini akan memberikan manfaat kepada seluruh penduduk Taman Ixora. Pembinaan sebuah surau di Taman Ixora telah dinanti oleh penduduk Taman Ixora sejak sekian lamanya. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kita semua.

Diantara aktiviti yang boleh dijalankan di surau adalah:
- Solat berjemaah
- Kelas mengaji Al-Quran
- Aktiviti keagamaan seperti ceramah, kuliah dan sebagainya
- Sebarang aktiviti kemasyarakatan

Kos penganjuran majlis RM1,250.00
- Sewaan khemah RM400.00
- Jamuan ringan RM750.00
- Banner RM100.00

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Friday, July 15, 2011

Perjumpaan PPTI Dengan Pemaju Mengenai Status Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan perjumpaan dengan wakil pemaju mengenai status pembinaan Surai Balai Islam Taman Ixora seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 Julai 2011 (Jumaat)
Tempat : Pejabat Urusan Getrahome, Shah Alam
Masa : 10.30 Pagi hingga 11.30 Pagi

Wakil PPTI:
1. Hj Mohd Noor Bin Hj. Said (Pengerusi)
2. Zainal Abidin Bin Ahmad (Penolong Setiausaha)

Wakil Pemaju (Getrahome):
1. Akmar Fairuz (Pengarah Pembangunan dan Hartanah)
2. Puan Suhana (Arkitek)

Berikut adalah keputusan yang dibuat secara bersama:
1. Getrahome bersetuju untuk menampung sepenuhnya kos pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora. Kontraktor bagi pembinaan surau telah dilantik. Anggaran kos adalah RM200,000.
2. Majlis Pecah Tanah Surau Balai Islam Taman Ixora akan diadakan pada 30 Julai 2011 (Sabtu), jam 9.00 pagi, bertempat di tapak surau, Taman Ixora. Pemaju bersetuju untuk memberikan sumbangan kewangan bagi menganjurkan majlis berkenaan. Pihak pengurusan Getrahome akan merasmikan majlis berkenaan. Beberapa tetamu kehormat lain akan dijemput untuk meraikan majlis. Banner akan dinaikkan dan semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.
3. Proses pembinaan akan dimulakan dengan kadar segera selepas majlis pecah tanah dan dijangka siap sebelum Hari Raya Aidil Adha.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada wakil Getrahome kerana sudi mengadakan perjumpaan dan banyak menyokong usaha PPTI melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

Wednesday, July 6, 2011

Kelulusan Pelan Bangunan Surau Balai Islam Taman Ixora oleh MPSp

Majlis Perbandaran Sepang telah meluluskan cadangan pelan bangunan Surau Balai Islam Taman Ixora di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 13/2011 bertarikh 5 Julai 2011.

Sila klik di sini untuk melihat surat kelulusan pelan bangunan surau.